Tuesday, 12 September 2017

RAL371: INTRODUCTION to Course

(English)
1. INTRODUCTION
-Under construction-

(Bahasa Melayu)
PENGENALAN 
Pada masa kini masih terdapat banyak bangunan peninggalan zaman silam yang bernilai tinggi dan unik. Kajian menunjukkan bahawa seni rekabentuk, seni ukiran, teknik pembinaan, dan teknik pemilihan bahan binaan bangunan-bangunan tersebut masih terpelihara. Ia terbahagi di dalam pelbagai jenis, sekil kadaran, dan kadang-kala corak rekaannya juga berbeza-beza di antara satu tempat dengan tempat yang lain. Perkara ini terjadi disebabkan pengaruh beberapa faktor seperti sejarah asal usul, kaum, dan keturunan penduduk sesuatu tempat tersebut pada peringkat awal zaman penghijrahan.

Walau bagaimanapun, sejak beberapa dekad lalu terdapat sebilangan bangunan-bangunan bersejarah di beberapa lokasi telah dirobohkan, dan digantikan dengan bangunan-bangunan yang baharu. Di kawasan kampung-kampung Melayu pula, terdapat banyak rumah yang dibuat penambahan atau diubahsuai sehingga mengubah dan menjejaskan keunikan rekabentuk asal. Perkara ini terjadi kerana bangunanbangunan tersebut sudah terlalu tua, dan telah mula reput akibat faktor usia, cuaca, dan persekitaran. Terdapat juga segelintir pihak telah dengan sengaja melenyapkannya kerana berpendapat struktur rumah Melayu tidak lagi sesuai dengan peredaran zaman dan keperluan seharian.

Generasi masa kini harus diberikan kesedaran, bahawa bangunan-bangunan tersebut adalah warisan seni bina dan budaya yang harus dipelihara. Justeru, kajian khas di dalam mengenali aspek sejarah seni bina, rekabentuk dan teknikal terhadap bangunanbangunan tertentu adalah sangat diperlukan. Kajian khas tersebut sudah tentu akan dapat membantu merekod dan mendokumen nilai-nilai kebudayaan, seni rekabentuk, seni bina, dan mengekalkan sejarah dan khazanah-khazanah bernilai negara.


2. Course OBJECTIVES
-Under construction-

OBJEKTIF Kursus
Tujuan utama kursus Lukisan Terukur (RAL 371) adalah:
1) Menghasilkan sebuah dokumentasi bagi sebuah bangunan dalam bentuk Lukisan-lukisan Bersekala dan Laporan Kajian;
2) Menyediakan satu kajian dan penghayatan terhadap bangunan-bangunan yang mempunyai nilai seni reka dan seni bina yang tinggi untuk bahan dan sumber rujukan; dan
3) Mengamalkan teknik mengukur, melukis dan membuat laporan lengkap tentang sesebuah bangunan bagi tujuan kerja-kerja ubahsuai dan pemulihan di masa hadapan.


3. Learning OUTCOMES
-Under construction-

HASIL Pembelajaran
1) Memahami teknik mengukur dan melukis kembali dalam bentuk lukisan berskala sesebuah banguan warisan (C2, CTPS);
2) Menghubungkait rekabentuk bangunan di atas dengan latar belakang sejarah permulaannya (P3, CTPS); dan
3) Mempersembahkan hasil kerja dalam bentuk lukisan berskala dan laporan lengkap bangunan warisan yang dipilih (A3, CS).


4. Course SYNOPSIS
This course covers history and theory in architecture from before colonial time to the present day in Malaysia. This understanding is important in giving conceptual description linking with history and theory to the root of contemporary architecture and its development, an influence to the architecture in Malaysia

SINOPSIS Kursus
Kursus ini merangkumi sejarah dan teori senibina dari zaman sebelum kolonial sehingga zaman sekarang yang berlaku di Malaysia. Pemahaman ini sangat penting kerana ia memberi gambaran konsepsual hubungan dengan sejarah dan teori sebagai asas senibina zaman sekarang dan perkembangannya serta pengaruh dalam senibina Malaysia.

No comments:

Post a Comment