1. PENDEKATAN KURSUS
A) Kriteria Pemilihan Bangunan:
a. Bangunan bersejarah; dan
b. Bangunan warisan
Contoh-contoh bangunan:
i. Rumah Tradisional Melayu (keutamaan adalah rumah-rumah di Utara & Selatan Semenanjung Malaysia)
ii. Bangunan Kolonial; dan
iii. Masjid Lama & Bangunan Keagamaan (yang dibina sebelum Merdeka,
1957)
Pelajar boleh membuat pilihan bangunan yang ingin dikaji, namun dengan
persetujuan pensyarah.
Pelajar juga diwajibkan mengemukakan sekurang-kurangnya
3 buah pilihan bangunan atau rumah dengan bantuan gambar-gambar
(berwarna) untuk pertimbangan akhir oleh pensyarah sebelum
dibenarkan menjalankan kajian.
Keutamaan diberikan kepada bangunan atau
rumah tradisional/kolonial di Pulau Pinang, atau di mana-mana di dalam wilayah
Utara Semenanjung Malaysia (Pulau Pinang, Perak, Kedah, dan Perlis), dan di wilayah Selatan tanahair (Negeri Sembilan, Melaka, dan Johor).
Aspek-aspek yang perlu diberi perhatian:
i. Latar belakang sejarah (lokasi, pemilikan, tarikh pembinaan,
arkitek/jurutera/tukang rumah, kos pembinaan/pindaan, dll);
ii. Rekabentuk/Seni Bina bangunan (bentuk pelan/ruang, bumbung,
rekaan/perhiasan & perincian dll)
iii. Aspek-aspek istimewa bangunan
B) Saiz Bangunan:
Sederhana
Nota: Pemilihan bangunan akan ditetapkan oleh pensyarah setelah pelajar
mengemukakan 3 cadangan pemilihan bangunan.
C) Pengumpulan Data
Latarbelakang Sejarah sesebuah bangunan yang dipilih:
i. lokasi/orientasi bangunan;
ii. permulaannya;
iii. pemilikannya;
iv. perubahan/perkembangan yang berlaku dan
v. perekabentuk (Arkitek, Jurutera, Tukang Kayu dan Lain)
D) Mengukur Bangunan
Dijalankan secara terperinci dan menyeluruh.
Alat-alat mengukur dan lukisan
yang diperlukan adalah seperti berikut:
i. 'Theodolite';
ii. Tali pengukur (linen dan metal)
iii. Teknik Fotografi;
iv. Kompas; dan
v. Alat-alat melukis, dll
2. PENGHASILAN LUKISAN TERUKUR
Lukisan-lukisan mestilah bersekala mengikut ketetapan dan kelulusan pensyarah
kursus.
Keperluan lukisan-Lukisan adalah seperti berikut:
1. Pelan lokasi, dan kunci;
2. Pelan tapak;
3. Pelan-pelan lantai;
4. Pandangan (kesemua arah);
5. Keratan rentas;
6. Perincian elemen-elemen bangunan (pintu, tingkap, dinding, bumbung, dan
tangga;
7. Hiasan-hiasan bangunan (ornaments);
8. Infrastruktur bangunan (isometrik);
Nota: Saiz kertas lukisan yang digunakan adalah A1, manakala skala lukisan akan
ditentukan oleh pensyarah mengikut jenis/saiz bangunan pilihan.
3. PERSEMBAHAN AKHIR
Keperluan persembahan akhir adalah penyerahan dua (2) jenis dokumen:
1. Laporan Kajian (bertaip, kemas, bersaiz A4) - sebanyak 3 salinan kulit keras; dan
2. Satu Perenggu Lukisan Terukur (kertas lukisan bersaiz A1, penekanan kepada
penggunaan ketebalan garisan lukisan yang baik) - satu cetakan keras, dan satu
salinan lembut ke atas CD-R
4. PENILAIAN KERJA KURSUS (100% kerja kursus)
Penilaian akan dibuat secara keseluruhan merangkumi Lukisan Terukur dan Laporan
Kajian. Penghantaran yang tidak lengkap (tanpa kedua-dua dokumen) adalah dianggap
GAGAL.
Lukisan yang asal sahaja dan 3 laporan yang dijilidkan dengan kulit keras (hard
copy) akan diterima untuk penilaian markah.
No comments:
Post a Comment