HBP_Measured-Drawings_RAL371
Tuesday, 12 September 2017
RAL371: Coursework MANAGEMENT
PENGURUSAN Cara Kerja
- Pelajar akan menjalani kursus ini dalam satu kumpulan yang mengandungi di antara 7 hingga 8 orang ahli setiap kumpulan.
- Seorang ketua kumpulan perlu dilantik bagi mengurus dan menyelaras kerja-kerja lukisan terukur.
- Ahli-ahli kumpulan akan mengisi laporan kemajuan kerja dari masa ke semasa untuk diserahkan kepada penyelaras kursus.
- Perkara yang perlu diambil perhatian:
i. Pengesahan nama-nama ahli kumpulan (7-8 orang)
ii. Perlantikan Ketua/Penolong Kumpulan
iii. Pemilihan Bangunan (tiga cadangan pilihan)
iv. Pengesahan Akhir bangunan dipilih (oleh penyelaras kursus)
v. Persetujuan Tuan/Pemilik Bangunan
vi. Cadangan Jadual kerja-kerja mengukur di tapak
Tarikh dikemaskini: 13 OGOS 2017
RAL371: Course APPROACH
1. PENDEKATAN KURSUS
A) Kriteria Pemilihan Bangunan:
a. Bangunan bersejarah; dan
b. Bangunan warisan
Contoh-contoh bangunan:
i. Rumah Tradisional Melayu (keutamaan adalah rumah-rumah di Utara & Selatan Semenanjung Malaysia)
ii. Bangunan Kolonial; dan
iii. Masjid Lama & Bangunan Keagamaan (yang dibina sebelum Merdeka, 1957)
Pelajar boleh membuat pilihan bangunan yang ingin dikaji, namun dengan persetujuan pensyarah.
Pelajar juga diwajibkan mengemukakan sekurang-kurangnya 3 buah pilihan bangunan atau rumah dengan bantuan gambar-gambar (berwarna) untuk pertimbangan akhir oleh pensyarah sebelum dibenarkan menjalankan kajian.
Keutamaan diberikan kepada bangunan atau rumah tradisional/kolonial di Pulau Pinang, atau di mana-mana di dalam wilayah Utara Semenanjung Malaysia (Pulau Pinang, Perak, Kedah, dan Perlis), dan di wilayah Selatan tanahair (Negeri Sembilan, Melaka, dan Johor).
Aspek-aspek yang perlu diberi perhatian:
i. Latar belakang sejarah (lokasi, pemilikan, tarikh pembinaan, arkitek/jurutera/tukang rumah, kos pembinaan/pindaan, dll);
ii. Rekabentuk/Seni Bina bangunan (bentuk pelan/ruang, bumbung, rekaan/perhiasan & perincian dll)
iii. Aspek-aspek istimewa bangunan
B) Saiz Bangunan: Sederhana
Nota: Pemilihan bangunan akan ditetapkan oleh pensyarah setelah pelajar mengemukakan 3 cadangan pemilihan bangunan.
C) Pengumpulan Data Latarbelakang Sejarah sesebuah bangunan yang dipilih:
i. lokasi/orientasi bangunan;
ii. permulaannya;
iii. pemilikannya;
iv. perubahan/perkembangan yang berlaku dan
v. perekabentuk (Arkitek, Jurutera, Tukang Kayu dan Lain)
D) Mengukur Bangunan Dijalankan secara terperinci dan menyeluruh.
Alat-alat mengukur dan lukisan yang diperlukan adalah seperti berikut:
i. 'Theodolite';
ii. Tali pengukur (linen dan metal)
iii. Teknik Fotografi;
iv. Kompas; dan
v. Alat-alat melukis, dll
2. PENGHASILAN LUKISAN TERUKUR
Lukisan-lukisan mestilah bersekala mengikut ketetapan dan kelulusan pensyarah kursus.
Keperluan lukisan-Lukisan adalah seperti berikut:
1. Pelan lokasi, dan kunci;
2. Pelan tapak;
3. Pelan-pelan lantai;
4. Pandangan (kesemua arah);
5. Keratan rentas;
6. Perincian elemen-elemen bangunan (pintu, tingkap, dinding, bumbung, dan tangga;
7. Hiasan-hiasan bangunan (ornaments);
8. Infrastruktur bangunan (isometrik);
Nota: Saiz kertas lukisan yang digunakan adalah A1, manakala skala lukisan akan ditentukan oleh pensyarah mengikut jenis/saiz bangunan pilihan.
3. PERSEMBAHAN AKHIR
Keperluan persembahan akhir adalah penyerahan dua (2) jenis dokumen:
1. Laporan Kajian (bertaip, kemas, bersaiz A4) - sebanyak 3 salinan kulit keras; dan
2. Satu Perenggu Lukisan Terukur (kertas lukisan bersaiz A1, penekanan kepada penggunaan ketebalan garisan lukisan yang baik) - satu cetakan keras, dan satu salinan lembut ke atas CD-R
4. PENILAIAN KERJA KURSUS (100% kerja kursus)
Penilaian akan dibuat secara keseluruhan merangkumi Lukisan Terukur dan Laporan Kajian. Penghantaran yang tidak lengkap (tanpa kedua-dua dokumen) adalah dianggap GAGAL.
Lukisan yang asal sahaja dan 3 laporan yang dijilidkan dengan kulit keras (hard copy) akan diterima untuk penilaian markah.

RAL371: Course LECTURERS
At Minden Campus:
1. Dato’ Prof. Madya Ar. Dr. Ku Azhar Ku Hassan
2. Dr. Jestin Nordin (Course Coordinator)
email: jestin.nordin@usm.my
email: jestin.nordin@usm.my
At Port Dickson Campus:
3. Dr. Isham Shah
4. Mr. Rezuan Mahat
4. Mr. Rezuan Mahat
RAL371: Course EVALUATION Method
Course EVALUATION Method
Coursework: 100%
Kaedah PENILAIAN Kursus
Kerja Kursus: 100%
RAL:371 Course OUTLINE
(English)
1. Course OUTLINE
-Under construction-
(Bahasa melayu)
RANGKA Kursus
A. Pengenalan kursus secara umum dan perkara-perkara berikut diputuskan:
i. Bangunan pilihan;
ii. Pembahagian kumpulan kerja;
iii. Jadual kerja;
iv. Alatan-alatan yang terlibat; dan
v. Lain-lain perkara berkaitan
Nota:
Pada lazimnya, pengenalan ringkas telahpun dilakukan sebelum cuti semester 2, dan perkara 1 dan 2 telahpun ditentukan secara tidak rasmi.
B. Lawatan ke bangunan-bangunan pilihan:
i. Pemerhatian secara terperinci dilakukan;
ii. Membuat keputusan/pilihan;
iii. Mendapatkan kebenaran dari pemilik bangunan, dan
iv. Pengurusan surat rasmi, dan pencarian maklumat bangunan
C. Kerja-kerja mengukur dan pengumpulan sejarah bangunan bermula:
i. Mendapatkan pelan kunci, lokasi, dan tapak
ii. Maklumat geran tanah, dan hakmilik dll;
iii. Foto-foto kawasan keliling, tapak, dan bangunan;
iv. Mengukur pelan-pelan lantai, keratan, pandangan, dan perincian.
D. Pengumpulan bahan-bahan, dan maklumat sejarah bangunan pilihan

RAL371: INTRODUCTION to Course
(English)
1. INTRODUCTION
-Under construction-
(Bahasa Melayu)
PENGENALAN
Pada masa kini masih terdapat banyak bangunan peninggalan zaman silam yang bernilai tinggi dan unik. Kajian menunjukkan bahawa seni rekabentuk, seni ukiran, teknik pembinaan, dan teknik pemilihan bahan binaan bangunan-bangunan tersebut masih terpelihara. Ia terbahagi di dalam pelbagai jenis, sekil kadaran, dan kadang-kala corak rekaannya juga berbeza-beza di antara satu tempat dengan tempat yang lain. Perkara ini terjadi disebabkan pengaruh beberapa faktor seperti sejarah asal usul, kaum, dan keturunan penduduk sesuatu tempat tersebut pada peringkat awal zaman penghijrahan.
Walau bagaimanapun, sejak beberapa dekad lalu terdapat sebilangan bangunan-bangunan bersejarah di beberapa lokasi telah dirobohkan, dan digantikan dengan bangunan-bangunan yang baharu. Di kawasan kampung-kampung Melayu pula, terdapat banyak rumah yang dibuat penambahan atau diubahsuai sehingga mengubah dan menjejaskan keunikan rekabentuk asal. Perkara ini terjadi kerana bangunanbangunan tersebut sudah terlalu tua, dan telah mula reput akibat faktor usia, cuaca, dan persekitaran. Terdapat juga segelintir pihak telah dengan sengaja melenyapkannya kerana berpendapat struktur rumah Melayu tidak lagi sesuai dengan peredaran zaman dan keperluan seharian.
Generasi masa kini harus diberikan kesedaran, bahawa bangunan-bangunan tersebut adalah warisan seni bina dan budaya yang harus dipelihara. Justeru, kajian khas di dalam mengenali aspek sejarah seni bina, rekabentuk dan teknikal terhadap bangunanbangunan tertentu adalah sangat diperlukan. Kajian khas tersebut sudah tentu akan dapat membantu merekod dan mendokumen nilai-nilai kebudayaan, seni rekabentuk, seni bina, dan mengekalkan sejarah dan khazanah-khazanah bernilai negara.
2. Course OBJECTIVES
-Under construction-
OBJEKTIF Kursus
Tujuan utama kursus Lukisan Terukur (RAL 371) adalah:
1) Menghasilkan sebuah dokumentasi bagi sebuah bangunan dalam bentuk Lukisan-lukisan Bersekala dan Laporan Kajian;
2) Menyediakan satu kajian dan penghayatan terhadap bangunan-bangunan yang mempunyai nilai seni reka dan seni bina yang tinggi untuk bahan dan sumber rujukan; dan
3) Mengamalkan teknik mengukur, melukis dan membuat laporan lengkap tentang sesebuah bangunan bagi tujuan kerja-kerja ubahsuai dan pemulihan di masa hadapan.
3. Learning OUTCOMES
-Under construction-
HASIL Pembelajaran
1) Memahami teknik mengukur dan melukis kembali dalam bentuk lukisan berskala sesebuah banguan warisan (C2, CTPS);
2) Menghubungkait rekabentuk bangunan di atas dengan latar belakang sejarah permulaannya (P3, CTPS); dan
3) Mempersembahkan hasil kerja dalam bentuk lukisan berskala dan laporan lengkap bangunan warisan yang dipilih (A3, CS).
4. Course SYNOPSIS
This course covers history and theory in architecture from before colonial time to the present day in Malaysia. This understanding is important in giving conceptual description linking with history and theory to the root of contemporary architecture and its development, an influence to the architecture in Malaysia
SINOPSIS Kursus
Kursus ini merangkumi sejarah dan teori senibina dari zaman sebelum kolonial sehingga zaman sekarang yang berlaku di Malaysia. Pemahaman ini sangat penting kerana ia memberi gambaran konsepsual hubungan dengan sejarah dan teori sebagai asas senibina zaman sekarang dan perkembangannya serta pengaruh dalam senibina Malaysia.

Subscribe to:
Posts (Atom)